CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Isnin, 12 Januari 2009

terlalu...

dengan keberadaan ku di kuala terengganu yang dipenuhi oleh manusia yang suka perli ini, kadang2 aku terfikir betapa kata-kata bukan setakat menyakitkan hati, malah lebih dari itu...adalah lebih baik menjadi orang yang gagap daripada menaji dengan orang dengan kata-kata yang 'dalam' maksudnya...dalam la, sakit.

bukan semua, mana2 tempat pon mesti ada orang yang macam tu. tapi di sabah, jarang ada orang yang perli...asik2 nak berhentam terus.jarang la pakai cakap ni...sebab bila ada di sabah, 'anggota' pon ramai...tak payah susah2 nak menabur kata-kata perli ni...

masih lagi dalam situasi dimana aku cuba menyesuaikan diri di tempat orang, atau secara umum nya semenanjung...empat tahun berada di sabah menyebabkan aku 'sedikit' hilang kesemenanjungan itu...orang semenanjung ni, orang jawa cakap la...very unforgiving because they tend to look at what you have done wrong...

macam pilihanraya kecil ni, bukan semua orang cari salah pihak lawan, tapi 'the cultural upbringing' menyebabkan hampir semua orang cari salah orang...suka betul, tak tau ape yang seronok sangat mengomen salahnya orang...

ya, bagus tegur dengan kata2 daripada tegur menggunakan penumbuk atau ruas siku...tapi bukan semua orang tahan dengan kritikan melampau dan pedas...kadang2 tak masuk akal pon..tapi itulah kita. aku suka kritik, tapi aku rasa aku masih tau batas nya, norma kita orang timur yang penuh dengan kiasan ikhlas.

banyak sebenarnya nak cerita...tapi tak tahu nak mula dimana...cuaca lagi, kes menumpang di rumah member yang baru seminggu kenal...kes dengan dua orang adik perempuan nya yang kekadang membuatkan mana2 lelaki pon berasa malu untuk tinggal serumah...kes satu famili yang tidak merokok...

aku bukan sempurna, tapi tak salah mencari kesempurnaan itu...walaupun bukan dalam diri aku sendiri, Insya ALLAH, mukin dalam diri orang lain yang rapat dengan aku...'practice makes perfect, but nobody's perfect'...fikir2 kan lah~

Isnin, 5 Januari 2009

holy s*it...you're jar-jar binks!!

happy new year...sory kepada semua yang menunggu post baru dalam blog tak tentu hala ni...bukan ape, sibuk pelik ditambah dengan 'lack of connectivity' kepada dunia luar menyebabkan blog ni 'dorman' sekejap...

tahun baru, bahasa baru...aku rase dah sampai masenye nak taip dalam bahasa melayu...patriotik sket la kunun...tapi bukan bahasa melayu baku la, rase macam skema je. walaupon ramai yang cakap aku skema semenjak berkacamata ni, biaq pi la depa...skali aku terajang baru depa tau..

takdak apa yang menarik pon dalam blog ni, malas dah nak 'menaji' orang dalam blog ni...ALLAH kurniakan kita akal untuk berfikir dan tulang empat kerat untuk bertindak...tapi tak ramai yang bole gune kan sume tu untuk kepentingan sendiri, apatah lagi untuk kepentingan negara, bangsa dan agama.

aku skang berada di terengganu...tak payah la nak di terang kan aku buat ape kat sni...yang slalu baca blog ni tau dah aku buat ape...terengganu ni orang cakap, islamic nye hebat macam kelantan jugak la..aku tengok xda pon sgt2 macam kelantan, biase2 je...lagi satu tak ramai orang terengganu ni yang tak sombong...ada2 je pe'el nye..tapi tak pe la, bak kata malique too phat, "masuk tempat orang bawak otak bukan pisau".

kerja pun macam tu je la..biase2 je. tak da la rush hour sampai putus kepala...relaks.

makanan sedap...tu je yang best.

haa...nak sangat kan post baru..amek ko!