CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Jumaat, 6 Jun 2008

cemerlang, gemilang, TEMBERANG!!!!!


Asal nye, memang aku nak rehat dari menaip dalam blog untuk beberapa ketika...Ada urusan yang perlu diselesaikan...Jemputan kenduri pon banyak...Tapi bila 'kera'jaan buat perangai dengan "mengurangkan" subsidi petrol dan diesel, aku rase dah cukup la aku mendiamkan diri...The big question is, "Apa hang buat ni Pak Lah? Hang dah nyanyuk ka?".
Dia dan kerajaan dia kasi naik petrol sampai 2.70, diesel sampai 2.50...Diorang ni tak tau ke rakyat dah banyak yang sengsara? Ini belum isu Baitulmal banyak duit tapi yang merempat makin ramai, isu minyak ni boleh bikin satu negara gempar...Stesen minyak penuh dengan orang sampai sesak satu highway...Bila diberitahu minyak dah habis, ada yang bertumbuk dengan attendant petrol pump. Pak Lah suka ka macam ni?
Dia cakap dia kasi kurang subsidi petrol sebab nak seimbangkan dengan subsidi2 yang lain...Jangan nak temberang kami la, ada satu subsidi yang agak tak masuk akal...subsidi roti. Subsidi roti? Dah ada subsidi tepung sampai setengah bilion yang pegi subsidi roti tu kenapa? Tak kan la aku yang extend ni kena fikir hal negara pulak...Kenaikan harga bahan bakar ni akan ada kesan domino pada benda lain..contoh nya.
1. Ramai orang akan mintak naik gaji sebab nak pegi keja naik motor pon dah sengsara. Apa lagi yang naik keta. Subsidi RM 625 setahun untuk keta bawah 2000cc? Awak ingat keta ni minyak dia RM50 ke sebulan?
2. Mapley2 mesti nak naik kan harga roti canai, silap2 sekeping RM2.00...Kita kan ada subsidi roti, cuba guna untuk roti canai, boleh tak?
3. Segala barangan mesti melambung...tak kisah lah barangan keperluan atau yang saja2 kita nak, sebab kos transport dah tinggi.
4. Family yang anak kecik2 or tengah belajar lagi, family ni la yang paling sengsara...Nak bayar yuran sekolah, yuran itu, yuran ini..gaji tak naik2 pon. Kena berpiket secara aman pon belum tentu gaji naik. Kalo buat demonstrasi haram kang masuk I.S.A pulak...celaka betul!
5. Kerajaan cakap, kalo tak mampu bayar duit minyak, naik la kenderaan awam. Kepala Hotak Awak! Time peakhour punya la payah nak masuk komuter or LRT, awak nak suruh rakyat mati kene pijak ke? Nak naik bas? Berapa banyak syarikat bas yang gulung tikar sebab harga minyak naik...sebab diorang kena tanggung kos operasi yang tinggi...bukan harga minyak diesel je, gaji driver bas pon nak kena naik jugak..
6. Awak nak suruh rakyat naik kenderaan awam kan? Jangan hairan la kalo lepas ni PROTON & PERODUA bengkrap...dah, sume nak naik kenderaan awam. Kat Malaysia ni je la keta kita ni laku, kat UK...jangan harap orang nak beli.
Banyak lagi isu yang akan timbul nanti...tunggu je la.
Kenapa aku letak gambar V FOR VENDETTA? Korang pernah tengok cite ni tak? Atau tau jalan ceritanya macamana? Kalau tak tau, tanya la pada yang pernah tengok. MARI KITA TUNJUK PADA KERAJAAN, INI NEGARA SIAPA! AKU TAK TAKUT NAK PENGGAL KEPALA PEMIMPIN YANG TAK GUNA OTAKNYA UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT!
:: PEOPLE SHOULDN'T BE AFRAID OF THEIR GOVERNMENT, GOVERNMENT SHOULD BE AFRAID OF THEIR PEOPLE ::

0 Komentar: